Arifshah.com

Anak-Anak Cemerlang DUN Seberang Jaya Diberi Pengiktirafan

by izwan on Feb.14, 2009, under FrontPage News

Sabtu, 14 Feb 09 – Taman Pauh Jaya
( Oleh : Izwan )

upsar-pmr-1

“ Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian , bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian ”. Itulah antara mesej yang disampaikan kepada 215 orang anak-anak cemerlang bangsa Malaysia pelbagai kaum dalam kawasan DUN Seberang Jaya pada Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik UPSR & PMR tahun 2008 , bagi Pelajar-pelajar di Sekolah dalam DUN Seberang Jaya ( N 10 ) , yang diadakan di Dataran Kadun Pusat Khidmat YB Datuk Arif Shah pagi ini. ( sila klik untuk berita penuh … )

4 Comments more...

BANTUAN BASIKAL KEPADA ANAK MANGSA KEBAKARAN

by izwan on Feb.11, 2009, under FrontPage News

Selasa, 10 Feb 09 - Kg Kepala Bukit
( Oleh : Izwan )

sampaikan-basikal-pd-mangsa-kebakaran

Hasrat untuk meneruskan pengajian di SMK Penanti dan SK Bukit Indera Muda cerah bagi mangsa kebakaran di Kg. Kepala Bukit yang rumah mereka hangus dijilat api malam tadi. Walaupun kesemua harta benda musnah termasuk pakaian sekolah, buku, basikal dan semua dokumen penting, tetapi bagi adik Shahmin ( 15 tahun - SMK Penanti ) dan adiknya adik Mohd Fadhil ( 12 tahun - SK Bukit Indera Muda ), semangat mereka untuk kembali ke sekolah kini cerah dan bersemangat.( sila klik untuk berita penuh… )

2 Comments more...

TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG

by izwan on Feb.10, 2009, under FrontPage News

SELASA, 10 FEB 09 - KG. KEPALA BUKIT
( Oleh : Izwan )

kebakaran-kepala-bukit

Malang tidak berbau , dan sudah ketentuan takdir. Itulah ungkapan yang mampu dikatakan oleh mangsa kebakaran yang kini hanya tinggal sehelai sepinggang akibat rumah yang didiami mereka musnah dalam satu kejadian kebakaran kira-kira jam 4.00 pagi tadi.

Difahamkan mangsa En.Ramli Bin Abu Hassan adalah pemilik rumah tersebut sedang tidur bersama anggota keluarganya ketika kejadian berlaku. Menurut salah seorang anak mangsa, iaitu adik Shahmin ( 15 tahun ), dia dan adik-adiknya sedang tidur ketika itu dan tiba-tiba berasa bahang yang amat panas. ( sila klik untuk berita lanjut… )

2 Comments more...

SENARAI EXCO KERAJAAN BN PERAK DIUMUM

by izwan on Feb.10, 2009, under FrontPage News

( IPOH, 10 Feb 09 , 2.30 petang )

KUALA KANGSAR 10 Feb. - Enam Exco kerajaan negeri Perak yang baharu dilantik telah selesai mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebentar tadi.

Mereka yang dilantik dan mengangkat sumpah itu ialah ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari (Manong), Dr. Mah Hang Soon (Chenderiang), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik). - ( Sumber Berita : Utusan Online )
( Sila klik untuk maklumat lanjut..)

1 Comment more...

BELUM SEMPAT REDA KEMELUT POLITIK PERAK , TIMBUL PULA KEPERLUAN 2 PILIHANRAYA KECIL

by izwan on Feb.10, 2009, under FrontPage News

Isnin 09 Febuari 09

Negara bakal menyaksikan dua lagi pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini berikutan perletakkan jawatan ADUN Bukit Selambau ( PKR ) dan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang disandang beliau kini. YB V.Arumugam dikatakan telah menghantarkan surat perletakkan jawatan berkenaan kepada Menteri Besar Kedah. Menurut sumber, YAB Menteri Besar Kedah telahpun memaklumkan perkara ini kepada DYMM Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda. ( klik untuk berita lanjut.. )

2 Comments more...

CUTI UMUM TIDAK MENGHALANG PETUGAS PUSAT KHIDMAT YB DATUK ARIF SHAH HADIRI ‘KURSUS PEMANTAPAN PERKHIDMATAN’

by izwan on Feb.10, 2009, under FrontPage News

Isnin, 09 Febuari 09 - Taman Pauh Jaya ( 3.00 petang )
( Oleh : Izwan )

kursus-di-kadun

TAMAN PAUH JAYA – Walaupun hari ini merupakan cuti umum sempena perayaan Thaipusam , tetapi kesempatan ini dimanfaatkan oleh kesemua petugas Pusat Khidmat YB Datuk Arif Shah ( ADUN Seberang Jaya ) bagi menjalankan ‘ Kursus Pemantapan Perkhidmatan ’ bersama YB Datuk Arif Shah yang juga ADUN Kawasan Seberang Jaya. Kursus ini dijalankan bagi mengenal pasti isu dan permasalahan yang ditimbulkan melalui aduan pelbagai pihak yang tampil ke Pusat Khidmat YB Datuk Arif Shah. Selain itu, kursus ini juga merupakan sebahagian tuntutan dan syarat yang wajib dipenuhi oleh Pusat Khidmat ini sebagai Pusat Khidmat Wakil Rakyat yang diiktiraf sijil ISO 9001 : 2000.

1 Comment more...

PILI BOMBA ROSAK DAN TERHALANG, SUKARKAN BANTUAN DIBERI KETIKA DIPERLUKAN

by izwan on Feb.10, 2009, under FrontPage News

Taman Janggus Jaya , 09 Febuari 09 , 745 malam.
( Oleh : Izwan )

pili-rosak

Taman Janggus Jaya - Keadaan pili Bomba yang disediakan oleh pihak Bomba dibeberapa lokasi strategik untuk digunakan sewaktu kecemasan wajar dipantau dari masa ke semasa oleh pihak berkenaan. Ini bagi mengelakkan situasi terdapat pili Bomba yang tidak berfungsi dan tidak dipulihara dan menyukarkan pihak Bomba diwaktu memerlukan. ( sila klik untuk berita penuh… )

2 Comments more...

ADUN SEBERANG JAYA TIBA TERAWAL DI LOKASI KEBAKARAN

by izwan on Feb.09, 2009, under FrontPage News

09 Febuari 09 , Taman Janggus Jaya, 730 malam
( Oleh : Izwan )

kebakaran-di-tmn-janggus-jaya-090209

‘ Lekas , api dah semakin marak disitu.. ‘ itulah yang diperkatakan oleh YB Datuk Arif Shah bersama Pegawai Khasnya En. Halim, kepada para anggota Bomba sebaik tiba di lokasi kejadian. Cuaca kemarau dan kering yang melanda kini khususnya di kawasan Seberang Jaya telah menyebabkan satu kebakaran berlaku di tanah terbiar berhampiran Taman Janggus Jaya dan Taman Baru ( Belakang Carrefour Seberang Jaya ) pada lewat petang hari ini. ( sila klik untuk berita penuh )

2 Comments more...

SEMANGAT MUHIBAH DIKALANGAN PEMIMPIN BN

by izwan on Feb.09, 2009, under FrontPage News

cny-juru

ISNIN 09 FEB 09 – KG.SUNGAI JURU

Perayaan Tahun Baru Cina hampir melabuhkan tirai sambutannya menjelang Chap Goh Meh hari ini. Walaupun demikian , rata-rata penduduk dan masyarakat masih sempat mengambil kesempatan yang ada untuk menganjurkan acara sambutan dipelbagai peringkat.

Terkini , acara sambutan Tahun Baru Cina Anjuran Parti Gerakan Bahagian Batu Kawan, turut memeriahkan sambutan pada penghujung tirai tahun ini yang diadakan di Dewan Serbaguna Kg.Sungai Juru. Rata-rata penduduk sekitar Juru dan Batu Kawan menghadiri jamuan sambutan ini. Turut hadir menyerikan acara sambutan , YB Datuk Arif Shah ( ADUN Seberang Jaya ) ( Klik untuk berita penuh … )

2 Comments more...

CUTI UMUM DIMANFAATKAN DENGAN AKTIVITI RIADAH

by izwan on Feb.09, 2009, under FrontPage News

program-memancing-090209

ISNIN 09 FEB 09 – PERMATANG BULOH ( SG.DUA )
Oleh : Izwan

Cuti umum sempena Perayaan Thaipusam yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dimanfaatkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan , Jabatan Perpaduan & Intergrasi Nasional Negeri Pulau Pinang dengan Kerjasama KRT Kawasan Simpang Empat, Permatang Buloh dalam DUN Sungai Dua menerusi penganjuran Program Memancing yang dianjurkan pada pagi ini.

1 Comment more...